Hakak Tako ke Hakak Kawaii

Itulah perjalanan bisnes.
Kita tak tau di mana noktahnya.
Kita tak tau dari suka kita terpaksa mengundur diri or mengambil langkah slowkan perniagaan sedia ada.

Begitulah yang #HakakTako hadapi dugaannnya.
Dugaan kesihatan sekitar tahun akhir 2017 udah ketara tandanya semput semakin menjadi-jadi hingga acap berulang ke klinik Kesihatan Beranang menjadi rutin.Paling tak sangka rupanya akibat kolesterol udah terlalu tinggi.

Bagaimana boleh jadi?
Ada kisah tragisnya episod duka.
Panjang kalau nak diceritakan sebenarnya.Mungkin one fine day hakak kongsikan.

Ok so berbalik cerita.
Kenapa panggilan Hakak Tako?
Sebenarnya sebab sebelum ini menjalankan perniagaan takoyaki. So diringkaskan amik tako depannya jadilah Hakak Tako.

Maka bila dah slowkan biz tako hakak mula ricci2x mencari mencuba ke satu bisnes dulu yang agak santai2x sebelum bertemu HAUS pun bersebab kita slowkan. Seronok tapi ada halangan untuk majukan diri atas beberapa faktor...hurmm kuciwalah juga masa tu sebab kita fokus berusaha naikkan sales setahun jagung boleh cecah 30K lebih sikit not too badlah kan grow with my ejen2x tapi tulah kalau dah seronok memang takkan jumpa biz HAUS.

So anggaplah takdir Allah bila kita diketemukan bila berdetik untuk menerai buat bisnes lain.
Sebab sebelum ini memang niat nak buat 1 produk sahaja kalau boleh & yang mudah. Datanglah kengkawan biz yang offer biz itu bagus, biz ini hebat.Terima kasih yang cuba berkongsi ya.Bukan tak sudi hakak memang dah letih untuk buat banyak2x biz.
Maaf memang sebelum ini hakak agak memilih yang kita rasa seronok nak buat juga ada instict yang rasa sesuai sahaja pandangan mata juga akal hakak ini.
K
E
R
N
A
Itlah akhirnya terbuka tetiba untuk buat biz kosmetik dari ZERO ILMU di dada sebenarnya tapi hakak tetap rasa nak cuba benda baru sementelah dah intai tengok biz ni lain dari yang lain tahap keseriusannya.

Ok dari situlah dipendekkan cerita #HakakTako perlu ditukar ke #HakakKawaii biar sesuai gitulah kan.

Kita ambil dari kotoba/vocabulary Nihonggo/Bahasa Jepun.

Kawaii=Cute

Ok HakakKawaii nak undur diri dulu...

Sambung cerita so dari situ pula tertubuhnya #TeamHakakKawaii..la...la...la🤩🤩🤩.


Comments

Popular posts from this blog

Me as Haus Guardian

Asal Usul Haus & Haus Guardian?

Apa Itu Teknologi Skin Microbiome???