Asal Usul Haus & Haus Guardian?
Jenama HAUS sudah bertapak di pasaran Malaysia pada tahun 2017. Ketika itu, syarikat menggunakan model jual terus kepada end user.
Namun demikian, syarikat sedar bahawa untuk sesuatu produk itu naik jualannya adalah menggunakan model bisnes sistem ejen. Bermula Mei 2019, sistem ejen HAUS dirangka. Pada mulanya, syarikat merekrut kenalan kenalan terdekat founder Puan #EiymaJalil dan network yang Tuan Azizi Mohd ada. Ketika itu, HQ menggunakan 4 rank dalam sistem ejen HAUS iaitu Stokis, Ejen dan Dropshipper.
Pada bulan September 2019, HQ memperkemaskan lagi sistem dengan membuat beberapa perubahan dalam sistem ejen dengan me-rebrand-kan nama panggilan stokis kepada MASTER GUARDIAN (Master Stokis), PREMIUM GUARDIAN (Stokis), APPRENTICE GUARDIAN (Ejen) dan DROPSHIPPER (kekal). Semua team yang berada di semua rank ini secara keseluruhannya dipanggil HAUS GUARDIANS.
HAUS GUARDIANS diberi nama kepada team HAUS adalah kerana HQ menganggap mereka ini adalah penjaga penjaga yang menjaga nama baik jenama HAUS itu sendiri. Dan sebagai simbolik kepada kesatuan dan perpaduan team HAUS itu sendiri.
Sumber kredit:Pengurus Agensi Haus/Puan Norshahida/Kak Sheda(Panggilan manja KS...ahaks😘)
Comments
Post a Comment